Imbangan Analitikal dan Instrumen Makmal
Imbangan Analitikal adalah sebuah instrumen yang digunakan dalam makmal atau laboratori yang sentiasa memerlukan kepekaan yang tinggi terhadap jisim (mass). Jisim sesuatu objek adalah malar dan tidak dipengaruhi oleh daya tarikan graviti di mana-mana lokasi. Oleh itu, instrumen ini adalah penting bagi tujuan analisis kimia atau fizik yang betul dan tepat.