Rakan kongsi yang boleh percayai

Pada tahun 2020, kami telah berjaya memperoleh Sijil Kelulusan Reka Bentuk daripada NMIL di bawah SIRIM

Synctronix

Syarikat

Synctronix Technology (M) Sdn. Bhd ialah sebuah syarikat terkenal dalam semua jenis penimbang elektronik. Produk utama kami merangkumi alat penimbang dan semua jenis penimbang industri dan lain-lain. Syarikat kami ditubuhkan pada tahun 2019 dan terletak di Butterworth, Pulau Pinang.

Synctronix akan memulakan strategi pembangunan fasa kedua. Kami sentiasa menyediakan alat penimbang elektronik berkualiti tinggi, bertaraf tinggi untuk memenuhi keperluan and kehendak pelanggan. Prinsip syarikat kami adalah “harga berpatutan, kecekapan pengeluaran dan khidmat selepas jualan yang terbaik”.

Untuk mengekalkan kualiti penimbangan ketepatan dan memberikan kesan yang berkekalan dengan perincian. Kami juga berharap bekerjasama dengan lebih ramai pelanggan demi pembangunan, faedah bersama dan berganding bahu untuk membuka bidang baharu mengenai kejituan dan ketepatan dalam timbangan. Kami menyediakan penyelesaian inovatif dan perkhidmatan profesional, dari penentukuran penimbang biasa hingga ke kompleks dan juga kejuruteraan pembuatan/ rekabentuk.

Misi Kami

Bersedia memberi jenis produk, perkhidmatan dan maklumat penimbang yang komprehensif, boleh dipercayai dan inovatif sehingga menjanakan nilai dalam operasi rakan kongsi kami.

Visi Kami

Menjadi pilihan UTAMA untuk produk dan perkhidmatan berkaitan timbangan.

Synctronix

Menjadi rakan kongsi pilihan utama untuk produk dan perkhidmatan timbang berat

Kami percaya bahawa dedikasi adalah penting untuk mencapai perkhidmatan berkualiti tinggi. Bekerja dengan standard etika yang paling ketat, mengelakkan konflik kepentingan, dan menghormati privasi pelanggan. Ketabahan dan profesionalisme membantu kami menjadi sebuah syarikat yang unik, menyediakan perkhidmatan yang bertahap tinggi kepada pelanggan kami.

Pelanggan Diutamakan

Kami sentiasa mengotakan janji yang dibuat dan mengutamakan pelanggan dalam apa-apa keadaan. Perkhidmatan pelanggan adalah obligasi pertama kami.

Kepentingan Pelanggan Dipertahankan

Kami sentiasa mengelakkan konflik kepentingan antara pelanggan-pelanggan atau antara pelanggan dengan pihak lain. Oleh itu, kami hanya menawarkan produk atau perkhidmatan kepada satu pelanggan dalam setiap transaksi pada setiap satu masa.

Perkhidmatan Berkualiti

Kami tidak berpuas hati dengan status quo, sentiasa meningkatkan teknologi dan kemahiran kami, dan terus menyediakan perkhidmatan yang berkualiti.

Persekitaran Kerja Yang Sihat

Kami menghargai kakitangan profesional dan teknikal kami. Oleh itu, kami mewujudkan persekitaran kerja yang sihat. Bagi mencapai hasil terbaik, kami melatih dengan teliti, mengumpul maklum balas dan semakan, sambil mengekalkan keseimbangan antara kehidupan dan kerja kakitangan kami.

Tahap Tinggi Dikekalkan

Kami mengekalkan standard produk dan perkhidmatan yang tinggi. Ini adalah satu komitmen kepada pelanggan kami dan falsafah korporat yang sangat diperlukan, terutamanya dalam keadaan yang sukar atau keadaan di mana pelanggan memerlukan bantuan.

 

Pengalaman dan Kepakaran

Pengalaman adalah sama penting dengan teknologi. Menggabungkan kedua-dua elemen ini, pasukan kami memperolehi fleksibiliti untuk melaksanakan tugasnya dalam apa jua keadaan. Oleh sebab peraturan “larangan SILOS”, kami boleh berhubung dengan pelanggan dengan lebih teliti, memahami keperluan mereka, dan mengesyorkan produk atau perkhidmatan yang sesuai.